kentoi

Icon

…..no more

Ramadhan sudah tiba…

Alhamdulillah kerana tahun ini aku dapat menyambut bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dugaan dan cabaran untuk menahan diri dari lapar dan dahaga selain mempertingkatkan amalan-amalan yang idak berkesempatan untuk dilakukan ketika sebelumnya. Solat sunat Tarawikh pula sudah menjenggah tiba. Ramai-ramaikanlah meramaikan surau-surau dan masjid supaya bulan ini bulan untuk memperbanyakan amalan-amalan mulia serta menghapuskan segala dosa hendaknya.amin.

Kepada semua umat Islam, sambutlah bulan yang mulia ini ddengan penuh keberkatan dan keinsafan. Sedaya upayalah berpuasa dalam sebulan ini. Jangan ingat raya sahaja.

Salam Ramadhan…

Filed under: Uncategorized