kentoi

Icon

…..no more

kami

Kita dilahirkan ‘saya’ atau ‘aku’.

Tapi kita menghabiskan masa mencari kawan,teman,geng .

Mencari rakan-rakan yang boleh kita berhubung.

Mencari sahabat-sahabat sejiwa.

Mencari kami menjadi kami....kami

Filed under: Uncategorized

menunggu

Menunggu..

Rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu.

Menunggu masa,menunggu peluang,menunggu nasib.

Menunggu tanpa penghujung.

Sehingga kita asyik bertanyakan bila,bila,bila atau sampai bila.?

Tetapi macam mana bosan,jemu,jenuh menunggu, tapi kita terpaksa menunggu.

Sudah menjadi satu pekerjaan pulak.

Atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil.

Tapi kadang-kadang menunggu itu kita rasa berbaloi juga bila kawan-kawan ada di samping kita.

Bila semuanya di luar kawalan kita, apa yang boleh kita buat?

Selain menunggu dan mengharap ?

Apa yang boleh kita buat hanya tunggu dan lihat…

Filed under: Uncategorized

kawan-kawan

…semua orang buat kesilapan.dan kadang2 mereka terus melakukan kesilapan.
setiap yang kita lakukan mesti dengan caranya.nak buat minuman sedap; gula,air dan susu mesti secukup rasa.
nak masak lauk kena pilih bahan.kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat.tak lebih tak kurang untuk
menjadikanya sesuatu yang boleh dinikmati.kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan.
friends
seperti jugalah dalam bercinta.lebih kurang sama je.itu dan ini mesti ada.mesti ada keinginan dan kemahuan baru boleh suka sama suka.dan dalam persahabatan , perlukan keserasian dan keikhlasan barulah boleh ngam.
dan dalam kenal-mengenal antara satu sama lain pula, mesti ada kesabaran dan kesefahaman.

Filed under: Uncategorized

kawan

setiap orang perlukan kawan,teman,geng,orang2 yang boleh berhubung…
tapi apakah itu kawan??

….geng warung kopi,member seperjuangan,member lepak2,rakan2 sekolah atau kawan2 yang
bersama kita masa kita kecil…

takde prajudis,takde perbezaan,takde pertandingan,takde persaingan..

..,sehingga suatu hari kita belajar buka mata dan kita nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih..
takde hal, sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat,senang dan pantas.tak payah keluar rumah,
tak payah bankuasi…tenung skrin komputer,keletak-keletuk je keyboard…
gelak dengan komputer…
boleh suke benda yang sama,tak suke pun takpe.kenal-tak kenal belakang cerita.risiko ditanggung sendiri.

persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga….

Filed under: Uncategorized

takde badi dah….

Kemenangan spesel mlm ni. x pernah2 dibuatnyer menang kat pasir gudang. Dh ler live plak tu. Bangga btl aku ghaser tahniah player n coach.

Selangorr pun klh kt Jcorp wlpn lwn 10 org….. tahniah utk team n coach……. yg penting tadi karekter utk pertahankan kelebihan 1 gol tu.

good job….. wlupun 2nd half nmpk gayat sket tp sbb johor fc pun xmain bgs jd prk bhak menang…

kenapa la si Babu tu kasi main… lebih baik kasi player lain main.. xkasi impact pd team pun…

rasa2 klu Jali xmain pun palyer no 9 dr kltn tu leh ganti kot… td pun dia jd backup jali n klu tgk cr dia control ball n speed leh tahan gak.. mybe perlu masa…

no 6 td main bgs cuma Puvin n Subra slalu wat simple mistake…. byk ksilapan diorg hampir wat team kcewa…

def klu phatikn utk game ni xberani nk wat perangkap offside mcm game sbelum ni..

diorg main lebih kebelakang kira main slmt la tp gayat gak hehehe…

mybe tu tektikal myb psl dia tau johor fc xde player yg laju n leh try dr jauh espcly eddy cedera so dia main jln slmt sbb apable def jauh kebelakang n kepung kwsn penalti susah diorg nk msk sbb utk game ni jhr fc lebih suka bw bola smpi kedalam n smpi btul2 dpn pintu gol….

jarang ada cross dr tepi n striker dior pun xbgs mana…. apa pun tahniah yop… korg bjaya pecahkn badi di Larkin n gak 1st time menang game luar ipoh…

yg penting team wajib menang yop mesti menang wlupun utk game ni sbenarnya. aku rasa prk mcm seri namun atas usaha n ksunguhan player maka thasil la result mlm ni wlupun datas kertas jhr fc ada klebihan….

hope lpsni player busaha dgn lebih gigih lg… slagi blum abis 90 minit slgai tu la peluang menang utk team ttp ada..

copy dari utusan …..

Sayang seribu sayang apabila detik kejayaan Selangor merampas kembali teraju bola sepak Liga Super 2009 daripada Negeri Sembilan kurang meriah diraikan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Kemenangan selesa 3-1 ke atas KL PLUS dalam pertembungan tetangga itu cuma disambut kurang 5,000 penyokong Merah Kuning walaupun jarak lokasi gelanggang lawan tidaklah begitu jauh di sekitar Lembah Klang dan perlawanan pula dilangsungkan pada hujung minggu.

Paling kecewa dengan kehadiran penyokong di sebalik kejayaan membanggakan itu ialah pengurus pasukan, Zakaria Ab. Rahim sedangkan anak buahnya kini berada di laluan yang tepat dan mencipta persembahan yang konsisten selepas melalui enam perlawanan liga sejak 3 Januari lalu.

“Pelik bila melihat kehadiran penyokong Selangor (kelmarin). Kuala Lumpur pun bukanlah jauh sangat dan pasukan sudah menunjukkan prestasi dan mencapai kemenangan demi kemenangan. Apa lagi yang kurang pada mereka?,” katanya yang mulanya menganggarkan 10,000 penyokong mampu menghadirinya.

Selangor menghuni semula tangga teratas menerusi dua jaringan ketua pasukannya yang kembali beraksi daripada penggantungan satu perlawanan, Amri Yahyah pada minit ke-27 dan 54 selain satu daripada sayap kanan, Amirulhadi Zainal (72).

Zakaria yang turut berpuas hati dengan tiga mata dan prestasi anak buahnya bagaimanapun berharap angka kehadiran penyokong kembali melonjak dan membentuk ‘Lautan Merah Kuning’ di Shah Alam apabila melayani UPB-MyTeam dalam perlawanan ketujuhnya, esok.

“Kalau boleh, biar sampai 40,000 penonton yang datang Stadium Shah Alam walaupun mungkin masih tidak setanding ketika kami menentang Perak atau Negeri Sembilan lalu (kedua-duanya dimenangi 3-1 dan 3-0),” uja

….xde ke fan selangor kat kl??

Filed under: Uncategorized