Kampungku..
Aku masih teringat akan kampung kelahiran tumpah darah ku.
Bila agaknya akan aku kembali ke sana.
Aku merindui dusun buah, kandang lembu, pokok getah, orang kampung, padang bola dan segalanya.
Kerinduan yang mengatasi segalanya.
Tidak sabar aku untuk menamatkan sesi pengajian di sini iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aku tidak sabar untuk pulang ke kampung dan pada masa sama merindui UKM iaitu pada padang bolanya sahaja.
Entah kenapa aku amat merindui padang bola UKM.
Banyak kenangan manis dan pahit aku di padang tempat paling banyak kunjungi selama belajar di UKM.
Pada mula aku dapat surat tawaran menyambung pelajaran di UKM, perkara pertama aku pikir adalah sayang untuk tinggalkan padang bola di kampung.
Walaupun tak masuk akal alasan aku ini namun, itulah perkara pertama aku risaukan bila meninggalkan kampung.
Memang sedih bila meninggalkan perkara yang kita suka. Namun, tanpa aku sedari aku telah empat tahun di UKM ini.
Mungkin aku telah mendapat padang baru.
Dan sayang pula untuk meninggalkan padang ini.
Meninggalkan atau ditinggalkan adalah perkara biasa dalam kehidupan ini.
Walau di mana aku berada aku akan tetap ingatkan tempat aku bermain.
Agak sedih, padang di kampung sudah lama sepi dengan teriak dan jeritan pasukan bola aku dan budak-budak yang mahu bermain bola.
Padang yang tidak secantik dan selembut padang KLFA Cheras namun, di situlah tempat aku bergaul dan mempelajari bola sepak walaupun aku tidak sehebat orang lain.
Padang yang lama tidak digunakan hampir empat tahun kira-kira aku mula datang ke UKM.
Padang yang keras dan terdapat batu lada memang membuatkan setiap orang yang bermain takut. Tetapi itu semua sudah biasa.
Kampung aku telah suram dengan keriangan budak-budak, kawan-kawan, aktiviti rempit juga mungkin disebabkan ramai anak muda telah berhijrah ke bandar terutamanya Kuala Lumpur.
Sudah tidak ada apa di kampung. Hanya kenangan sahaja yang bermain di kepala aku.
Walaupun begitu, bukanlah menjadi hal utama. Aku harap dapat bekerja di sekitar yang berhampiran dengan kampung aku.
Aku sudah bosan untuk hidup di bandar yang sesak dan bising.
Filed under: Uncategorized
ku ke hutan, teriak ku. sunyi sepi aku benci. pecah kan saja gelasnya biar ramai. biar mengaduh.
uhu. gile nostalgik betul post ko kali ni.
haha..tetibe lak mase nak tido teringat kat suasana kampung terus tulis la ..
tinggal kn ukm makne nye tinggal kn org kt gmbk gak kn???