bila terdengar lagu la la kerja dendangan meet uncle hussein, terdetik juga di benak aku tentang kerja. hidup ini perlu kerja untuk menyabung hidup. orang kata tak kerja hendak makan apa! itu lah luahan yang selalu aku dengari dari luahan pengangur seperti aku.
nak cakap tak belajar empat tahun juga kat UKM. tak tau apa yang aku belajar. nasib baik aku dapat tamatkan belajar tapi ambil masa empat tahun dari setahun sepatutnya. apa yang penting menamatkan pembelajaran dengan ijazah.
orang kata rezeki masing-masing. memang betul. walaupun mempunyai ijazah tidak bermakna ada rezeki untuk mendapat kerja setaraf itu. apa yang dapat itulah kerja. jangan memiliih. aku ni macam “loser”. entah la.aku bukan tak cari keje tapi berlambak juga kerja aku pohon. kalo dikumpulkan mahu tinggi menara klcc.hahaha..kita mampu merancang Allah juga menentukan segalanya. kau hanya berdoa, berusaha yang selebihnya Allah tentukan.
aku bersyukur sangat diberikan kerja sebagai petugas di bazar malam bangi yang akan di buyka malam esok. aku harap rezeki aku bertambah dan dilimpahkan rezeki mendapat kerja tetap sepertimana yang diimpikan oleh pengangur lain.
Filed under: Uncategorized












Komen Terbaru