kentoi

Ikon

…..no more

kerja

bila terdengar lagu la la kerja dendangan meet uncle hussein, terdetik juga di benak aku tentang kerja. hidup ini perlu kerja untuk menyabung hidup. orang kata tak kerja hendak makan apa! itu lah luahan yang selalu aku dengari dari luahan pengangur seperti aku.

nak cakap tak belajar empat tahun juga kat UKM. tak tau apa yang aku belajar. nasib baik aku dapat tamatkan belajar tapi ambil masa empat tahun dari setahun sepatutnya. apa yang penting menamatkan pembelajaran dengan ijazah.

orang kata rezeki masing-masing. memang betul. walaupun mempunyai ijazah tidak bermakna ada rezeki untuk mendapat kerja setaraf itu. apa yang dapat itulah kerja. jangan memiliih. aku ni macam “loser”. entah la.aku bukan tak cari keje tapi berlambak juga kerja aku pohon. kalo dikumpulkan mahu tinggi menara klcc.hahaha..kita mampu merancang Allah juga menentukan segalanya. kau hanya berdoa, berusaha yang selebihnya Allah tentukan.

aku bersyukur sangat diberikan kerja sebagai petugas di bazar malam bangi yang akan di buyka malam esok. aku harap rezeki aku bertambah dan dilimpahkan rezeki mendapat kerja tetap sepertimana yang diimpikan oleh pengangur lain.

Advertisements

Filed under: Uncategorized

liga M nak mule..

Aku semakin rindu dekat liga bola sepak Malaysia.. cuti bersalinnya lame benor.. maybe ni la kot carenya FAM nak memajukan bola sepak..

Tido banyak daripad main bola.. kenapa la lama benor cutinye liga Malaysia ni weh? main 2-3 game, dah rehat 2-3 bulan.. Malaysia nak lawan pershabatan pun liga direhat..

Pe la yang dipikior kan oleh jawatankuasa pertandingan FAM ini. Lama2, orang dah mula lupe kt liga Malaysia baru la kome terkedek2 nak kate peminat x bagi skongan…

Nak bagi skongan pebendanya.. game x best, rehat lame plak 2, EPL dah abih 10 game, Liga M baru nak men game ke 2.. tu pun dah banyak rehat.. dah2 la tu, boring kami nungu, nak tengok bintang2 bola sepak Malaysia ni men..

Rindu ku nak tegok team Perak men.. terkenang la teman zaman2 Sharul Azhar, Kalid Jamlus, Indera, Keita, Repasi, Seator, Syamsul Saad, Azrul Amri Burhan, Chan Kok Heng.. Azhar Ahmad.. n rame lagi la player Perak yang best2.. rindu aku dengan kegemilangan Perak dulu..

OK lah..nak buat tesis la kejap..pe2 pun, FAM jgn la bagi rehat lame sangt kt liga M, kalo dah padat game tu, seminggu sampai 3 x game.. ntah pe2 la yang dipikior kan orang2 kat FAM 2…

Filed under: Uncategorized

kampungku….:)

Kampungku..

Aku masih teringat akan kampung kelahiran tumpah darah ku.

Bila agaknya akan aku kembali ke sana.

Aku merindui dusun buah, kandang lembu, pokok getah, orang kampung, padang bola dan segalanya.

Kerinduan yang mengatasi segalanya.

Tidak sabar aku untuk menamatkan sesi pengajian di sini iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aku tidak sabar untuk pulang ke kampung dan pada masa sama merindui UKM iaitu pada padang bolanya sahaja.

Entah kenapa aku amat merindui padang bola UKM.

Banyak kenangan manis dan pahit aku di padang tempat paling banyak kunjungi selama belajar di UKM.

Pada mula aku dapat surat tawaran menyambung pelajaran di UKM, perkara pertama aku pikir adalah sayang untuk tinggalkan padang bola di kampung.

Walaupun tak masuk akal alasan aku ini namun, itulah perkara pertama aku risaukan bila meninggalkan kampung.

Memang sedih bila meninggalkan perkara yang kita suka. Namun, tanpa aku sedari aku telah empat tahun di UKM ini.

Mungkin aku telah mendapat padang baru.

Dan sayang pula untuk meninggalkan padang ini.

Meninggalkan atau ditinggalkan adalah perkara biasa dalam kehidupan ini.

Walau di mana aku berada aku akan tetap ingatkan tempat aku bermain.

Agak sedih, padang di kampung sudah lama sepi dengan teriak dan jeritan pasukan bola aku dan budak-budak yang mahu bermain bola.

Padang yang tidak secantik dan selembut padang KLFA Cheras namun, di situlah tempat aku bergaul dan mempelajari bola sepak walaupun aku tidak sehebat orang lain.

Padang yang lama tidak digunakan hampir empat tahun kira-kira aku mula datang ke UKM.

Padang yang keras dan terdapat batu lada memang membuatkan setiap orang yang bermain takut. Tetapi itu semua sudah biasa.

Kampung aku telah suram dengan keriangan budak-budak, kawan-kawan, aktiviti rempit juga mungkin disebabkan ramai anak muda telah berhijrah ke bandar terutamanya Kuala Lumpur.

Sudah tidak ada apa di kampung. Hanya kenangan sahaja yang bermain di kepala aku.

Walaupun begitu, bukanlah menjadi hal utama. Aku harap dapat bekerja di sekitar yang berhampiran dengan kampung aku.

Aku sudah bosan untuk hidup di bandar yang sesak dan bising.

Filed under: Uncategorized

kami

Kita dilahirkan ‘saya’ atau ‘aku’.

Tapi kita menghabiskan masa mencari kawan,teman,geng .

Mencari rakan-rakan yang boleh kita berhubung.

Mencari sahabat-sahabat sejiwa.

Mencari kami menjadi kami....kami

Filed under: Uncategorized

menunggu

Menunggu..

Rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu.

Menunggu masa,menunggu peluang,menunggu nasib.

Menunggu tanpa penghujung.

Sehingga kita asyik bertanyakan bila,bila,bila atau sampai bila.?

Tetapi macam mana bosan,jemu,jenuh menunggu, tapi kita terpaksa menunggu.

Sudah menjadi satu pekerjaan pulak.

Atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil.

Tapi kadang-kadang menunggu itu kita rasa berbaloi juga bila kawan-kawan ada di samping kita.

Bila semuanya di luar kawalan kita, apa yang boleh kita buat?

Selain menunggu dan mengharap ?

Apa yang boleh kita buat hanya tunggu dan lihat…

Filed under: Uncategorized